jordi perez ialah seorang warganegara sepanyol yang berbangsa catalonia. dia dibesarkan di bandar barcelona, yang mana kita semua tahu barcelona ialah kelab paling berjaya pada masa kini. maka apanye unik orang ni. muka takdelah hensem mana. cuba korang tengok dia tengah pegang banner apa. ye ianya banner kelantan, antara kelab bola Malaysia yang terkuatla. dia ni memang seorang penyokong kuat kelab Barca tu. tapi diatas ke passionan dia dengan bola, dia telah meng explore game2 bola di luar spain. explore punya explore, tiba2 dia mula jatuh hati ngan team kelantan.
dia tinggal di catalonia di mana seperti artikel saya dulu, negeri catalonia mempunyai budaya, bahasa dan bangsa sendiri. dia merasakan kelantan ni seperti catalonia yang mana mempunyai budaya dan sejarah tersendiri.
secara geografinya kelantan ni terpisah oleh negeri semenanjung malaysia yang lain melalui banjaran titiwangsa. seperti kita tau, kelantan ni dialek nye unik dan juga kaum hawa sana ramai comel lote.
"Sebaik sahaja saya kenal orang dari Kelantan, saya menyedari bahawa terdapat banyak persamaan dengan Catalunya. Ia adalah tanah yang istimewa dan orang2 sini sangat bangga dengan tempat ini. Saya seperti ada kaitan dengan mereka" ujar perez semasa ditemu ramah goal.com malaysia.
Sebaik saje dia jatuh hati pada Kelantan, dia tak pernah curang hahaha. Perez bertekad nak datang kelantan dan akhirnya tercapai pada tahun 2011. tapi dia tak dapat tengok game kelantan. tapi dia tetap puas dengan negeri kelantan dan mahu datang lagi tahun berikutnya.
pada tahun 2012, dia akhirnya dapat tengok game kelantan. masa tu kelantan berjaya kalahkan kl 3-0 di liga super. tapi dia tk puas lagi. balik je di catalunya, dia terus mengikuti game kelantan melalui internet. akhirnya dia ambil keputusan tinggal di kelantan setahun. Dia memuji negara kita terutamanya kelantan sepanjang setahun tinggal di kelantan.
"Ianya hebat, saya bertemu banyak orang baik dan semua orang sentiasa bersedia untuk membantu saya .saya teruja dan amat berterima kasih kepada semua. saya cuba untuk memahami dan belajar budaya Kelantan dan saya harapkan ianya tercapai"
ermm nilah orang kata football passion. bola sepak bukan hanya game yang melibatkan 11 orang pemain di setiap pasukan yang di adili seorang pengadil dan dibantu oleh dua linesman dan seorang four official, tetapi ianya lebih daripada itu. ia melibatkan persahabatan, budaya, sosial dan pengetahuan. Lihatlah Jordi Perez sanggup merantau dari catalunya ke kelantan kerana disebabkan bola sepak. bila la aku dapat tengok game liverpool kat anfield ni.